Sunday, March 13, 2011

cerita ketiga:Ceritaku takde tajuk.[Bahasa Melayu]


     Aku benar benar tidak percaya.Tidak percaya yang hubungan kami yang berusia 6 tahun ini akan berakhir tanpa alasan yang kukuh.Memangla aku mengaku yang memang aku yang memulakan perang dunia ke3 ini.Sebab aku bosan dan tak tahu nak buat apa,almaklumlah baru lepas grad.Ada jugak la aku mohon kerja tapi tak dapat jawapan lagi.Dan dia,sudah bekerja.Kerja sambilan lah maksud aku.Dan sedap sedap dia je ignore aku.Kata sayang tapi takde tindakan! Huh,dasar lelaki.Buaya tembaga betul!Tabur janji pandai tapi bila aku tuntut,dia suruh aku cari orang lain yang boleh tahan perangai aku.Sengalnya!Memang lepas ni aku tak kan percaya kat lelaki lah.Hampeh punya spesis!Penipu besar! Hahaha..dan aku dengan bergurau nya mintak  dia bagi peluang lagi,tapi dia tak sanggup dah!P-E-N-I-P-U! Dulu cakap kalau aku buat perangai 100 kali pun dia tetap terima..ni aku dah buat 10 kali pun dia tak tahan.Pirah!Tapi aku pun aneh jugak,kenapa lah aku pergi buat perangai tak masuk akal tu semua ek?Yelah..bila member2 aku Tanya aku,aku cakap single.Itu memang gila namanya.Gila tak logic sampaikan dia marah dan tak tahan dengan statement aku tu.Lantak aku lah nak cakap apepun,yang penting dia tahu hati aku still kat dia.Tak paham lah aku dengan lelaki ni..Hm..dekat sebulan jugaklah aku menangis sampaikan mata aku bengkak2..mak aku pun pelik..tapi lepas aku baca artikel2 kat iluvislam,aku sedar.Tak baik ada pakwe ni,baik kahwin terus je.Hahaha.ntah pape la aku ni,lepas 6 tahun baru sedar.Tapi kesepian aku terubat sebab aku ada member baik,dia jurutera tapi masih ada masa untuk aku.Aneh betul.Dan dia ada makwe jugak,makwe dia pun kenal dengan aku.Macam kakak gitu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~:):):):):)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

   Sedang aku syok terfikir pasal member baik aku ni,tiba2 kudengar lagu Insyaallah dari telefon bimbitku.Hah..confirm dia telefon!Cepat2 aku tekan butang hijau bila terlihat nama ‘Airil’.”Hah Ril..kenapanya?”Tengok,gelojohnya aku.Salam pun tak bagi.”Assalamualaikum..hehehe.Phie ok ke?”Baik betul si Airil ni..apelah agaknya perasaan Kak Shima ye?”Ok lah Ril..ni kenapa Tanya pasal aku ni?”Usikku,bersahaja.”Aku risau la dekat kau Phie.Aku tahu lah kau menangis macam orang gila kan?”Airil serkap jarang.Macam dia tak tahu fill aku.Dah sepuluh kali aku couple-clash dengan mangkuk hayun tu..semua orang pelik macam mana kami boleh bertahan.Aku pun pelik.”Ah..aku ok dahla.”Jawabku lagi.Airil kenal sangat dengan mangkuk tu.Tapi Airil tak pula menyebelahiku ataupun dia,kata Airil kami sudah cukup matang untuk selesaikan masalah ni sendiri.Tapi bagi aku,sekali kena khianat sampai bila2 aku takkan percaya kaum adam tu!”Em..aku ada member..dia nak kenal dengan kau ni..nak tak?”Airil cuba memancing minatku.Mana taknya,mata aku akan bersinar sinar bila dengar  perkataan ‘lelaki’.Tapi tu dulu,sekarang aku rasa nak suruh je Cinderella,kucing siam milik jiranku cakar2 je muka aku yang tak cantik mana ni,biar sedar sikit.”Ah..cut it out Ril..dahla hook up aku dengan mana2 lelaki,aku tak larat dah.Cukuplah sekali,”Aku menjawab lemah.”Lah..jangan lah macam tu.Tak semua lelaki macam ex-balak kau tu,”Pujuknya lagi.”Ril..stop it.I’m gonna hang up if u don’t stop talking rubbish!”Ugutku geram.”Okay okay.Memang aku nak letak pun ni sebab kredit aku tak banyak mana pun.Lagipun bos aku panggil.Dan aku nak kena save sebab nak bergayut dengan Shima malam ni.Okay assalamualaikum.Take care,”Dia mengakhiri perbualan kami.Menyakitkan hati betul mamat ni..tapi jauh di sudut hati aku..ada tempat teristimewa di hatiku untuk Airil..Cuma aku tak tahu apekah benda itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~:):):):):)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


    Beberapa bulan berlalu,aku dah dapat kerja.Dah ok pun dan aku completely dah lupakan pasal shitty ass yang menunggang langgangkan hidup aku dulu.Tapi tanpa kuduga..
     “Ah..Cik Sophie..kenalkan,ini Encik Danish ,pengarah besar E&M.”Rasa nak pitam bila aku dengar nama tu.sebab setahu aku dekat Kuantan ni ada sorang je Danish yang aku kenal,bukan dua ataupun tiga.Bila aku pandang wajah itu..sah!Danish…shitty ass tu telah kembali dalam hidupku.Screw me!Danish menghulurkan tangan.Aku serba salah.Danish tarik kembali tangannya bila dia sedar yang aku memang tidak akan membenarkan mana2 lelaki yang menyentuhku,hatta bersalaman sekalipun.Danish mendekatkan wajahnya ke telingaku.”I’ll get you back,”Dia berbisik.Setan punya mamat,sumpahku dalam hati.”Get me back your ass.Never,”jawabku lagi.Kan dah kena carut.Apa aku peduli,dia bos ke,dia kuli aku ke..yang penting dia adalah bekas kekasih tidak bergunaku.”Ah..good good Cik Sophie.Hubungan yang  mesra dengan Encik Danish.Ni lah apa yang kakitangan  E&M amalkan.senang nak cooperate nanti.”Ujar Shela ,mesra.Shela kemudiannya membawaku ke ruang kerjaku.”Depan saya ni pejabat siapa Shela?””Encik Danish.”Oh,mampus aku macam ni.Lelaki ni memang benar benar mencabar kesabaranku.Rileks Anis..cool.Dan kini..aku Nampak betapa bersungguhnya Danish ingin aku kembali ke pangkuannya semula selepas lebih kurang 3 bulan aku bekerja di sini.Setiap pagi,mesti ada sebungkus Famous Amos di atas mejaku.Confirm beli kat ECM ni.Ini kerja mangkuk tu lah..dah berapa kali aku refuse tapi dia tetap berdegil.Sudahnya aku bagi member aku biskut mahal itu kepada Amy dan ntah siapa2 lagi yang duk tergedik2 dekat si  Danish tu tapi tak dilayan.Tak pasal2 semua orang ingat aku sengaja menggatal dengan setan tinggi tu.Haisy..Kalaulah dulu dia bersungguh macam ni ..mungkin aku takkan berpisah dengan dia.Mungkin aku akan setia dekat dia biarpun dia membosankan tahap kucing bertanduk.dulu,nak call pun setahun 6 kali,sekarang tiap2 hari miscall.Benci betul aku sebab aku sedar perasaan aku pada Danish still ada.ey..walaupun dah beratus2 kali aku cakap I bloody hate you,tapi memang tak boleh nak benci la.Sebab sayang..kan.Dan semenjak Danish mangkuk hayun tu muncul balik..Airil menyepi tiba2.Aku tak paham betul.lelaki oh lelaki..kenapalah korang bikin aku migraine?haisy..

  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~:):):):):)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-F L A S H B A C K-
-S K Y P E-
MyJohnnyDepp:Lepas grad,Phie akan jadi orang yang paling penting dalam hidup Danish.You’re my first priority.
LovelyPhie:Yelah tu.Susah betul Phie nak percaya kat Danish ni.Danish..kalau Phi buat hal lagi,Danish boleh terima Phie lagi tak?
MyJohnnyDepp:Em..kalau Phie buat hal lagi,walaupun ni dah 9kali..Danish terima je sebab Phie tahu kan,mana ada manusia yang perfectJDanish sayang phie seadanya.
LovelyPhie:Okay,love you too!:).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~:):):):):)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
         ~Mesej dan confession~
    Pagi itu hari sabtu.Aku bersiap2 sebab ingat nak window shopping,almaklumlah baru  dapat gaji kan.Hehehe.Aku ada ajak mak aku sekali,tapi dia refuse.Nak bermesra dengan bapak aku lah tu.Bagus betul,tua2  pun aktif lagi.Jangan dapat adik lagi sudahla.Hehehe.Dan sewaktu aku tengah terkial2 mengenakan selendang,tiba2 mesej masuk.Aku membukanya.
Mangkuk hayun:Jom jumpa.Miss you.
Aku:Miss you?You should have said that a years ago..ah..you bullshit,eat my feet okay?Stop the nonsense!
Mangkuk hayun:Ok sayang:D
Aku:Sayang?You’re sick.REALLLLLY SICK.Patutnye masuk hospital sakit mental je,Encik Danish,
Mangkuk hayun:Drop the formalities please.And I’m crazy bout you.
Aku:Shit you!stop talking bout past.Buhbye!

  Terus aku menghentam pintu kereta dengan kasar.Nasib baik pintu Audi RS4

milikku ni kental.mad-resistance.Hahaha.Tanpa kusedar,air mata yang aku simpan sejak zaman dulu kala,mengalir juga.Danish..kenapa baru sekarang kau baru nak menunjukkan perasaan sebenar kau tu?Kenapa tak dulu?Kenapa kau lembap sangat?Hah?Why in the world did you change?Why?You..just reborn or what?Pabo..you’re really pabo.(bodoh).Kalaulah dulu kau treat aku macam ni,confirm aku tak berpaling kat lelaki lain walaupun kau takde lah handsome mana,iras2 Johny Depp je.Huhuhu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~:):):):):)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~East Coast Mall,aka ECM,Kuantan~
ni sophie..cuma dia pakai tudung la.
  Aku berjalan seorang diri.Menenangkan fikiranlah kononnya.Walhal aku menangis sepanjang aku berjalan.Mesti abang handsome dekat Body Glove tu ingat aku ni gila kot walaupun aku ni bawak handbag Gucci.

”Adik..are you okay..?”Siap dia Tanya lagi.Aku angguk2 sambil mengeesat air mataku.Macam air terjun daa…Dan sempat lagi aku memborong 3 helai t-shirt body glove.Aku keluar dari kedai itu dan terus naik ke second floor.Tiba 2 aku tertunduk sebab rahim aku sakit sangat2.Lah..aku lupa yang aku ni period tapi tak telan pulak pil pink tu pagi ni.Terpaksa aku berpaut di birai.”Cik..cik ok?”Tanya suara itu.Oh..ass..!Danish..Aku cuba berdiri tegak walaupun sakit.”Go away.i’m okay!”Jeritku,tapi perlahan saja.Danish buat2 tak dengar dan terus dia membawaku bridal style.
ni bridal style,tapi dorang tak kiss la

”Let me go..!”Marahku.”How can I let you go?you’re sick now..let me help you..”Jawabnya.semua mata memandang kami.Malu aku..Mesti orang ingat kami ni sengaja bermesra kat ECM ni walaupun memang kat sini banyak remaja sedang memadu kasih pun.”Lepaskan dia Haikal,”Wah..superheroku..!Airil..!
  “Oh..lama tak jumpa kau Airil..”Sempat lagi mangkuk tu bersapa dengan Airil.Airil senyum .Dia ‘mengambilku’ dari Danish.”Dia awek aku Haikal”Ujar Airil.wah..dia kata aku awek dia?Berair mata aku melihat drama swasta di antara 2 orang lelaki yang pernah ku sayang dan lelaki yang selalu mengisi hati ku ini.”Hah..tipu la Ril.Dia single setahu aku,”Jawab Danish.”Wei mangkuk..sebab kau lah dia single.bongok betul la,”Bidas Airil selamba.Muka Danish merah,marahla tu.”Aku clash sebab perangai minah ni yang..macam ape tah.Bagi peluang dia sia2 kan..”Tiba2 Danish mengungkit masa lalu kami.Hah,hilang senggugut ku tiba2.”Wei Danish,stop talking about past.You’re the one who turn me into boring girlfriend!”Terluah juga apa yang aku pendam.Danish terpana dengan ayatku.”Dahla Airil ,jom blah.”Aku tarik tangan Airil.Tak sanggup lagi aku berdiri di situ.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~:):):):):)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
   -dalam kereta aku-
“A..Airil..terima kasih sebab menyamar jadi boyfriend aku tadi,”Aku berterima kasih.Beberapa minit lepas tu,hanya deruan aircond je yang kedengaran.”Aku tak menyamar Phie..aku betul2 maksudkannya..will you be my wife..?”Airil melamarku tanpa teragak2.tapi tanpa kuduga,aku angguk.What?Aku..setuju???”Are you sure?Aku boleh tunggu lagi kalau kau belum bersedia..”Wajahnya sudah disepuh mendung kelabu.Aku serba salah.”Walaupun lamaran kau ni terlalu sudden..tapi aku setuju..sebab aku dah lama sayang kau,”Jawabku tanpa ragu lagi.Dia mengeluarkan kotak kecil dari dashboard keretanya.Kotak berwarna pink itu kupandang pelik..Cincin ke?”Yes..this is for you..”Airil  menyarungkan cincin itu ke jari manisku..

Kenapa jari manis?sebab jari tengahku..tersarung cincin couple yang aku beli sewaktu dengan Danish  dahulu tapi cincin itu hilang.Tak tahu kat mana aku letak.”Ni..cincin kau dulu..”Airil menghulurkan sebentuk cincin.Hah,cincin couple ku dulu.”I don’t need this,”aku terus membalingnya keluar tingkap.Dan kami beredar kerana kata Airil dia ingin berjumpa emak dan bapak aku untuk melamarku terus.
-Writer’s p.o.v-

  Kebetulan Danish yang mengutip cincin itu.Air mata lelakinya akhirnya tumpah apabila dia menyedari yang cincin itu milik Sophie.Cincin yang dibeli mereka sewaktu mereka masih di university dahulu.Dan kini..gadis itu betul2 enggan menerimanya kembali.tapi dia masih menyimpan cincin itu kerana Sophie lah cinta pertamanya.Tidak disangka..kerana ayatnya setahun lalu,hubungan mereka jadi begini…dia tidak sepatutnya berkata..”mungkin antara kita tiada jodoh.”Sekarang,nasi sudah menjadi bubur.Dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~:):):):):)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Aku sudah sah menjadi isteri kepada Airil Amrin Mohd Azmi.Kami sedang duduk  duduk di beranda.Rupa2 nya ,Kak Shima itu adalah sepupu Airil.Memang benar mereka pernah berkasih,tetapi putus di tengah jalan.Agak lama juga lah,dalam 3 tahun.Aku harus puji mereka sebab mereka matang .Tak macam aku dan Danish,kami berperang siber.Saling menuding jari di laman social Twitter dan Facebook dan Tumblr.Sangat tidak matang.Sampaikan satu USM tahu yang kami ni ex-couple.Yang tak tahu pun jadi tahu.Betapa naifnya aku dahulu.Tak kusangka Airil yang yang selalu menashati ku,selalu disisiku rupanya mencintaiku.Aku sangat2 bersyukur kepada Allah sebab masih menemukan aku lelaki yang sudi menerimaku seadanya,bukan macam Danish yang pandai berjanji tapi tak pandai tunaikan..”Ril..terima kasih sebab sudi terima Phie..”Ujarku merendah diri.”Ril..sentiasa sayang Phie.Ingat tu!”Dan aku tenggelam dalam pelukan kasih Airil..namun aku tak lupa untuk mendoakan Danish supaya dia dapat melupakanku dan mungkin kerana doanya yang “Phie akan jumpa someone lagi better dari Danish”sudah termakbul..

p/s:terimakasih sebab sudi baca cerita ni ya.Dan ini takde kaitan dengan yang hidup atau yang mati,tapi ada kaitan sedikitlah dengan kisah hidup penulis.Dan,jangan copy ye.please.Jangan terasa tahu kepada siapa2 yang pernah ada pengalaman macam ni.Tak semua lelaki buaya tembaga dan tak semua perempuan tu jahat.:)dan jangan lupa komen sebab makin banyak korang komen makin rajin aku menulis.peace:D

No comments: